Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Dr. Katz (vegan) daripada In Defense of Animals mulakan perbincangan panel tentang kesucian semua hidupan dengan menerokai moral dan etika cara kita memperlakukan dan memandang orang-haiwan. Beliau diikuti oleh jawapan Mahaguru Ching Hai kepada soalannya tentang cara mengubah paradigma supaya orang menyedari bahawa kita berkongsi dunia ini sebagai penghuni bersama dengan banyak rakan haiwan.(Dr. Katz, bolehkah kamu berkongsi dengan kami pendapatmu tentang bagaimana kehidupan berbelas kasihan mendorong tujuan hidupmu sendiri?)Dr. Katz: Baiklah. Jika saya boleh mulakan, saya ingin baca dua atau tiga kenyataan daripada orang yang kepekaan genius mereka telah memotivasikan saya dan jejak langkah mereka saya cuba ikut. Bagi pertubuhan saya, itu daya dorong bagi In Defense of Animals.Yang pertama ialah kenyataan oleh Santo Francis Kota Asisi, iaitu: “Tidak cederakan saudara rendah kita ialah tanggungjawab pertama kita terhdp mereka tetapi berhenti di sana adalah tidak cukup. Kita ada misi yg lebih tinggi untuk berkhidmat kepada mereka di mana-mana saja mereka perlukannya.”Yang kedua adalah oleh George Bernard Shaw: “Dosa paling besar terhadap rakan haiwan kita bukanlah membenci mereka tetapi bersikap tak pedulikan mereka. Itu inti pati tidak berperikemanusiaan.” Seorang lagi genius – kenyataan ini cenderung disembunyikan daripada orang ramai. Ada pameran seni tentang kegeniusan Leonardo Da Vinci. Karya seninya sangat baik, berfikir secara futuristik tentang benda yang diciptanya. Beliau nyatakan, “Akan tiba masanya orang seperti saya melihat pembunuhan haiwan seperti sekarang mereka lihat pembunuhan manusia.” (Betul tu.)Kenyataan yang melengkapkannya ialah kenyataan oleh Albert Einstein yang buat segalanya kelihatan sangat relatif: “Tugas kita mestilah membebaskan diri dengan memperluas lingkungan belas kasihan kita untuk merangkumi semua makhluk hidup serta seluruh alam semula jadi dan kecantikannya.” Itu kenyataan yang sekarang hubungkan keprihatinan terhadap kesejahteraan planet ini dan kesejahteraan spesies yang mendiaminya – kita, spesies manusia, sebagai sebahagian daripada jaringan hidup.Kenyataan yang akan mengakhiri ini adalah oleh Émile Zola. Beliau nyatakan, “Nasib haiwan adalah lebih penting bagi saya daripada ketakutan dengan kita kelihatan tidak masuk akal.”Itu sebabnya saya berada di sini hari ini – bagi ambil kesempatan itu Beberapa tahun yang lalu, pertubuhan kami… Ini tahun ke-25 kami bagi In Defense of Animals sejak saya mengasaskannya. Latar belakang saya ialah seorang doktor haiwan, jadi saya telah melayani, menjaga dan buat segala-galanya untuk menyelamatkan nyawa haiwan sepanjang hidup dewasa saya. Pertubuhan ini berjaya, sangat berjaya. Kami mendapat kemenangan yang menggemparkan. Tetapi beberapa tahun yang lalu, saya menyedari bahawa saya tidak capai kemajuan atau hanya berikan rawatan membalut utk hentikan kekejaman dan sebagainya, bahawa kecuali paradigma berubah – cara kita melihat, sebagai suatu spesies, spesies lain – bahawa itu waktu kita berhenti menganggap mereka sebagai sumber, menganggap mereka sebagai komoditi, objek, harta benda, benda saja. Selagi itu ialah paradigma utama, kita akan sentiasa terus mengeksploitasi, mencederakan dan mendera mereka, dan tidak memikirkan mereka dengan belas kasihan.Soalan yang dikemukakan sebelumnya, mengapa agama tidak buat lebih banyak? Agama, sebahagian besarnya, telah menjadi faktor utama haiwan dianggap berada di bawah sini dan kita dianggap jauh tinggi di atas sana. Ini kerana agama, kebanyakannya tidak percaya bahawa haiwan ada roh dan kita ada roh, dan oleh itu, mengapa kita harus mempedulikan makhluk yang tiada roh ini? Itu kembali ke zaman Thomas Aquinas dan sebagainya dalam masyarakat Barat, melihat itu dan berkata, “Mengapa peduli?”Orang yang memikirkan apa yang berlaku di makmal itu – viviseksi – Descartes, pada zamannya, mereka menyeksa haiwan, buat eksperimen ke atas mereka kerana mereka percaya bahawa jeritan anjing tidak berbeza dengan bunyi detik jam – bahawa haiwan itu hanyalah makhluk mekanikal, tiada roh, tiada kepekaan, tiada kecerdasan.Kita telah mendapat tahu secara berbeza sejak banyak tahun lalu, berkat usaha orang seperti Jane Goodall. Tetapi ini faktor yang mengekalkan pemisahan besar dan ini berterusan. Jadi beberapa tahun yang lalu, saya mulakan kempen untuk mengubah konsep dan paradigma dan mula mempromosikan penggunaan istilah ‘penjaga’. Jadi bagi orang yang ada teman haiwan – mungkin sesetengah daripada kalian sudah dengarnya – buat sebaik yg boleh untuk tidak menganggap diri sebagai pemilik teman haiwan kalian tetapi sebagai penjaga, pelindung mereka.Datuk Bandar West Hollywood, En. Prang, beberapa tahun yang lalu, mereka ialah bandar ke-3 atau ke-4 di Amerika Syarikat yang menukar istilah ‘pemilik’ dalam ordinan mereka kepada istilah ‘penjaga’. Bandar-bandar lain termasuklah St. Louis, Missouri; Bloomington, Indiana; San Jose, San Francisco; Woodstock, New York; Amherst, Massachusetts; negeri Rhode Island. Kita berharap tak lama lagi Beverly Hills buatnya berlaku. Kami sedang usahakan itu. Jadi ini amat penting – perbuatan mengikut bahasa. Konsep – apa yang seseorang lakukan adalah mengikut cara dia berfikir. Jadi selagi orang seperti kita tidak memimpin dan tidak melihat haiwan sebagai lebih daripada hanya sumber, harta benda, komoditi dan benda, kita takkan capai kemajuan. (Ya.)Perkataan lain dan bahagian bahasa yang lain ialah perkataan ‘haiwan’. Kita ialah manusia, segalanya yang lain yang hidup ialah haiwan, sebahagian besarnya. Jadi apakah pembahagi besar yang menentukan setiap spesies yang lain di planet ini sebagai satu kumpulan besar yang dipanggil ‘haiwan’ ini? Dan pada bila-bila ‘haiwan’ digunakan untuk kita, spesies kita, ini kerana seseorang merogol seseorang, kerana seseorang bunuh ‘haiwannya’. Ini sesuatu yang belum terlalu banyak saya usahakan kerana saya lakukannya bagi ‘guardian (penjaga)’, tetapi saya hanya semaikan benihnya.Saya nak berkata bahawa disebabkan oleh malapetaka iklim ini, ia menyatukan orang. Hingga kini, ada pembahagi yang sangat besar antara perlindungan haiwan, hak asasi haiwan, pencinta alam dan keprihatinan terhadap alam sekitar, tetapi sekarang disebabkan ini, audiens ini mungkin terdiri daripada orang yang tidak begitu banyak memikirkan penderitaan haiwan. Mungkin sedikit tetapi memang tidak banyak memikirkan apa yang berlaku di ladang cara kilang dan berjuta-juta haiwan yang dibunuh dengan cara yang amat dahsyat – sebagai seorang doktor haiwan, saya telah saksikannya – atau yang diternak dengan cara yang amat dahsyat.Tetapi sekarang oleh sebab Bumi kita terlibat, kita ada satu lagi ‘kepentingan’ dalamnya – secara bertentangan – jadi sampai tahap tertentu, saya gembira dengan ini menyatukan ini. Saya ada satu soalan yg nak tanya Guru, iaitu: Pendapat Guru tentang cara mengubah paradigma untuk buat orang menyedari bahawa kita hanyalah satu spesies dalam kalangan banyak spesies, dan beri jauh lebih banyak pertimbangan kepada spesies lain yang berkongsi planet ini dengan kita. Terima kasih.Master: Terima kasih, encik. Lihatlah, kamu ada cadangan yang sangat baik melalui soalanmu, bahawa kita memang harus mengubah sikap terhadap penghuni bersama kita, orang-haiwan. Ini akan perlukan sedikit masa dan banyak aktiviti memaklumi orang ramai untuk mengubah sikap semua orang. Setiap daripada kita boleh menyumbangkan bahagian kita, apa-apa saja cara kita dapat mengubah pendapat awam. Saya telah menulis tiga buah buku: ‘Anjing-anjing dalam Hidupku’, ‘Burung-burung dalam Hidupku’ dan ‘Haiwan Liar yang Mulia’ – dengan harapan saya dapat berikan sebanyak maklumat yang mungkin kepada sebanyak pembaca yang mungkin supaya mereka faham dan menerima hakikat bahawa alam orang-haiwan yang ajaib ada banyak untuk ditawarkan dan ada banyak persamaan dengan kita. Sebenarnya sesetengah daripada mereka lebih byk dianugerahi drpd kita manusia. Saya telah cadangkan supaya gunakan perkataan ‘penghuni bersama kita’ di Supreme Master TV, merujuk kepada penghuni bersama kita – orang-haiwan. Sesetengah orang sudah gunakan ‘pemberi jagaan’, ‘penjaga’, ‘teman manusia’ dan sebagainya, dan bukan ‘pemilik haiwan peliharaan’. Itu suatu tanda baik. Saya harap trend ini akan menjadi lebih biasa pada masa depan.Tetapi meskipun mereka kata, “Okey, saya pemilik orang-anjing ini,” itu hanyalah istilah untuk merujuk kepada temannya. Tetapi jika dia perlakukan orang-anjing dengan baik, berperikemanusiaan, berbelas kasihan dan penyayang, maka tak mengapa. Kita tak kisah juga asalkan mentaliti orang berubah. Mereka perlu melihat penghuni bersama kita, orang-haiwan dengan rasa hormat dan pemahaman. Sebaik-baiknya mereka dapat berkomunikasi dengan orang-haiwan tetapi sekurang-kurangnya jika kita ada orang-haiwan domestik, kita harus sayangi dan hormati mereka sebagai ahli keluarga, berikan nama dan keselesaan kpd mereka sebagaimana kita mahu diperlakukan. Buku-buku saya juga bertujuan untuk biar orang tahu bhw kita memang boleh berkomunikasi dengan orang-haiwan sebagaimana kita dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga atau kawan kita.Oleh itu, saya malah cadangkan, dengan Supreme Master Television, menyenaraikan semua orang psikik orang-haiwan, komunikator orang-haiwan di tapak sesawang televisyen dan skrin televisyen ini. Orang boleh merujuk kepadanya dan benar-benar boleh mengujinya. Mereka boleh hubungi mana-mana komunikator atau orang psikik orang-haiwan ini dan cakap dgn mereka tentang perasaan, keinginan dan tabiat orang-haiwan mereka. Kalian boleh menguji mereka. Katakan orang psikik orang-haiwan ini tak tahu kamu tinggal di mana dan tak tahu macam mana rupa orang-anjingmu pun. Kamu hanya berikan nama orang-anjingmu kepada mereka, kemudian komunikator orang-haiwan, atau kamu panggilnya orang psikik, dapat segera beritahu kamu butiran peribadi tentang orang-anjingmu. Maka kamu tahu bahawa dia benar-benar tahu.Kemudian kamu boleh tanya mereka soalan lanjut tentang apa yang orang-anjingmu mahukan dan adakah terdapat apa-apa soalan daripada orang-anjingmu atau apa-apa yang orang-anjingmu minta daripada kononnya ‘pemilik’, teman – penjaga manusia. Jadi hari ini tiada alasan lagi untuk perlakukan orang-haiwan sebagaimana yg majoriti drpd kita lakukan sebelumnya. Jadi adalah baik kita ada televisyen dan adalah baik kita menyenaraikan semua komunikator ini, dan ada sedikit kebaikannya saya menulis buku-buku ini untuk memaklumi orang tentang apa yang saya tahu tentang orang-haiwan melalui komunikasi dan interaksi saya dengan mereka di dalam dan di luar.Saya rasa semua orang harus mula sedar bahawa orang-haiwan benar-benar ada roh, dan mereka sama seperti kita. Mereka sama seperti kita, hanya dalam bentuk yang berbeza. Bentuk yang berbeza, sama seperti bunga yang berbeza-beza – sesetengahnya besar, sesetengahnya kecil – semuanya ialah bunga. Makhluk hidup – sesetengahnya besar, sesetengahnya kecil, sesetengahnya ada dua kaki, sesetengahnya ada dua sayap – semuanya ialah makhluk hidup seperti kita. Terima kasih, encik, kerana mengemukakan ini dan berikan peluang kepada saya untuk menjelaskan sikit. Tuhan berkati kamu. (Terima kasih.)(Saya sangat seronok membaca buku-buku Mahaguru tentang haiwan. Ia memang baik dan spiritual. Ia merupakan buku laris antarabangsa. Ini sentiasanya sesuatu yang baik kerana sekali lagi Beliau menyebarkan kata-kata tentang hubungan antara manusia dengan haiwan ke seluruh dunia. Dah tentu, semua ini memang soal evolusi – apabila kita menjadi tidak sanggup membunuh babi atau anjing, pada asasnya, kita akan menjadi tidak sanggup membunuh sesama kita dan berperang.) Betul tu.(Jadi bagaimana kita berevolusi ke peringkat seterusnya itu?) Baiklah, sayang. Kita hanya perlu melakukannya satu langkah pada satu-satu masa. Sebenarnya pemanasan global ialah suatu tragedi, tetapi dari satu segi, ia ada sedikit kesan positif. Orang bersatu padu untuk melawan pemanasan global, pertama sekali. Kedua, orang menjadi lebih sedar akan penghuni bersama kita dan bagaimana kita harus perlakukan mereka. Jadi saya rasa itu sudah pun separuh daripada peringkat seterusnya, Jane? (Memang.) Seterusnya, kita akan semakin mara ke depan sementara kita usahakannya.Photo Caption: ‘Sesetengahnya Layu Seiring Masa Berlalu Sesetengahnya Bertumbuh Seiring Masa Dibaharui’











