Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Tuhan sedang mengubah dunia sekarang. Tuhan hendaki perubahan di seluruh dunia Tuhan akan sedarkan setiap orang untuk menjadi insan seperti yang dicipta-Nya. Mereka yang menerima Kehendak Tuhan akan hidup, dan mereka yang menolak Kasih Sayang Tuhan akan binasa.”
“Saya mahu kamu pelajari apa maksud bergantung sepenuhnya pada Bapamu di Syurga, serta orang di sekeliling kamu dan mereka yang kamu layani.”Dalam khutbah kepada dua belas orang anak murid-Nya, Nabi Isa (vegetarian) meramalkan waktu Ajaran sebenar-Nya hilang sebahagian besarnya, sebelum pengembalian-Nya, menurut Gospel Dua Belas Orang Suci.“Tapi akan muncul selepas kamu, orang berfikiran menentang yang akan, melalui kejahilan atau tipu muslihat, menyekat banyak perkara yang saya katakan kepada kamu dan nyatakan perkara yang tak pernah saya ajarkan, semaikan lalang dalam kalangan gandum yang baik yang saya berikan kepada kamu untuk disemaikan di dunia.Maka Kebenaran Tuhan akan alami penyangkalan pendosa kerana ini telah pun begitu dan akan begitu juga pada masa depan. Tetapi akan tiba masanya perkara yang mereka sembunyikan didedahkan dan diumumkan, dan Kebenaran akan membebaskan mereka yang terbelenggu.”Antara Ajaran yang tidak lagi diketahui dan diamalkan secara meluas hari ini ialah Hukum yang ditetapkan oleh Nabi Isa, mengetengahkan belas kasihan terhadap semua ciptaan Tuhan.“Kamu tidak boleh mengambil nyawa mana-mana makhluk untuk keseronokan atau keuntunganmu, tidak boleh menyeksanya juga.”“Kamu tidak boleh makan daging atau minum darah mana-mana binatang yang disembelih, atau apa-apa saja yang bawa gangguan kepada kesihatan atau deriamu.”“Kamu perlu hargai dan lindungi makhluk yang lemah, mereka yang tertindas dan semua makhluk yang menderita dengan tidak wajar.”Petikan dalam Bible Suci juga dedahkan bahawa pada sekitar waktu Kedatangan Kedua, umat manusia akan jatuh ke standard moral yang rendah dan banyak orang akan berada di bawah pengaruh syaitan.“Ketahuilah ini juga, bahawa pada hari-hari akhir akan tibanya waktu berbahaya. Kerana manusia akan menjadi mementingkan diri, tamak, bercakap besar, megah, kufuri Tuhan, mengingkari ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, tiada kasih sayang natural, melanggar perjanjian damai, salah tuduh orang, tak dapat kawal nafsu, garang, benci akan mereka yang baik, mengkhianati orang, terburu-buru, terlalu berprinsip, sukai keseronokan lebih daripada cintai Tuhan, mempunyai rupa beriman tetapi menolaknya: jauhilah ini.”Ada diramalkan bhw pada akhir zaman, kuasa syaitan akan bertempur dalam pertempuran spiritual untuk roh manusia menentang kuasa Syurga.“Kerana mereka ialah makhluk syaitan yang menunjukkan tanda ajaib dan pergi kepada raja-raja di seluruh dunia bagi mengumpulkan mereka untuk bertempur pd hari besar Tuhan Yg Maha Berkuasa.”Sesetengah orang yg hidup pd zaman kita juga dapat lihat pertempuran sengit antara Cahaya dan kegelapan ini. Dalam pengalaman hampir mati, Michael Reyes dari Amerika Syarikat menyaksikan pertempuran yang berlaku sekarang.Jadi apabila saya kembali, saya dapat lihat permukaan Bumi. Saya dapat lihat semua dimensi-dimensi yang berlainan ini. Saya dapat lihat ada makhluk Cahaya dan makhluk kegelapan yang saling berlawan di sekeliling kita, di sekeliling kita sepanjang masa. Ada pertempuran sebenar, peperangan sebenar yang sedang berlaku sekarang untuk umat manusia. Maksud saya dalam semua erti kata. Ada pertempuran antara Cahaya dan kegelapan yang sedang berlaku sekarang di permukaan planet ini.Bagaimanakah kuasa gelap menggoda orang supaya jauhi Tuhan? Mari kita ambil masa seketika untuk melihat ke sekeliling dan memerhatikan maklumat, gambar, kata-kata dan muzik yang menghujani deria kita. DAN LAIN-LAIN…Kita sering nampak iklan untuk pemakanan daging orang-haiwan, bertentangan dengan Rukun Tuhan ‘Engkau Tidak Boleh Membunuh.’Kita nampak iklan untuk peminuman arak dan pengambilan intoksikan yang membawa gangguan kepada kesihatan dan deria kita.Selain itu, muzik, rancangan TV dan filem yang menggoda menggalakkan pengejaran keseronokan dan kesukaan fizikal.Yg juga berleluasa ialah permainan video yang galakkan keganasan dan kebencian.DAN LAIN-LAIN…Lagi banyak maklumat negatif disebarkan kepada orang ramai lagi tidak pekanya orang terhadapnya, dengan itu membolehkan tenaga yang lagi gelap meresap masuk. Berikutan upacara Pembukaan dan Penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 yang menimbulkan kontroversi, mengagungkan syaitan, Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 memperlihatkan satu lagi keadaan yang memalukan.Sukan Olimpik Musim Sejuk yang banyak diperkatakan sekarang sedang berlangsung di Itali. Bagi mana-mana pertunjukan sukan multinasional, suasananya ditetapkan pada malam pertama: Kegemerlapan, kemegahan, upacara pembukaan. Tetapi bagi tuan rumah dan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa), langkah pertama di Sukan 2026 telah menimbulkan kontroversi kerana upacara pembukaannya mencetuskan kemarahan. Penganjur dituduh mempamerkan perlambangan syaitan. Apa yang lebih teruk lagi, ini bukan kali pertama Sukan Olimpik berada di tengah-tengah ribut sebegini. Banyak pengguna menuduh penganjur mempromosikan gambar syaitan di apa yang sepatutnya merupakan temasya sukan yang universal, inklusif.Peramal Kristian, Pastor Brandon Biggs dari Amerika Syarikat dedahkan realiti gelap kejadian yang Nabi Isa beritahunya dalam visi dalaman ini.Segalanya yg Nabi Isa tunjukkan kpd kita mengenai upacara pembukaan itu adalah sangat gelap. Dia kata ia akan jelmakan roh-roh Hitler lama, ikatan syaitan lama. Mereka memanggil roh-roh syaitan lama dan cuba lahirkannya semula. Saya nampak dalam roh dan Nabi Isa tunjukkannya kepada saya. Satu lagi perkara yang saya rasa menarik tentang upacara pembukaan itu ialah Nabi Isa asyik bercakap tentang pintu gerbang dan benda kecil yang berada di atas tanah yang mereka beri tumpuan dan berada di sekeliling yang kelihatan macam pintu gerbang. Kemudian apabila negara-negara berjalan melaluinya, ia kelihatan macam pintu gerbang. Ini ialah benda sama yang saya beritahu anda dulu: Fokus pada apa yang berlaku dgn CERN, pintu gerbang. Saya kata ini seperti Stargate. Saya kata Stargate wujud. Ada sesuatu jenis pintu gerbang yang mereka ubah untuk tujuan syaitan.Pada waktu begitu berbahaya di mana kuasa gelap cuba bersungguh-sungguh untuk goda manusia supaya terjerumus, kita harus bekerjasama dengan kuasa Syurga yang dipimpin oleh Penyelamat, Penenang yg telah lama dinanti-nantikan yang diutus oleh Tuhan dan Nabi Isa – Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita dan gunakan alat berharga yang diberikan oleh Beliau kpd umat manusia.Alat ini termasuklah Lima Rukun yang selaras dengan Hukum yang ditetapkan oleh Nabi Isa:Lima Rukun yang dihendaki bagi anak murid Mahaguru Ching Hai (vegan):1. Hindarkan diri daripada mengambil nyawa makhluk hidup. Rukun ini menghendaki pematuhan ketat kepada diet vegan. Tiada daging, hasil tenusu, ikan, ayam itik atau telur. 2. Hindarkan diri daripada mengatakan apa yang tidak benar.3. Hindarkan diri daripada mengambil apa yang bukan milik anda.4. Hindarkan diri daripada salah laku seksual.5. Hindarkan diri daripada gunakan intoksikan. Ini termasuk mengelakkan semua jenis racun seperti arak, dadah, tembakau, perjudian, pornografi serta filem atau penulisan yang terlalu berunsur ganas.Alat spiritual juga termasuk Kaedah Meditasi Quan Yin yang memakrifatkan kita dan membolehkan kita nampak Cahaya Syurga dalaman dan dengar Bunyi Syurga dalaman.Beliau telah melancarkan Supreme Master TV untuk sebarkan Ajaran dan Berkat Tuhan ke seluruh pelosok dunia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Kuasa Syurga dapat diperbesar melalui Supreme Master TV Max pada bila-bila di mana-mana saja.Selain itu, pelbagai ciptaan seni Guru yang cantik memancarkan perlindungan Syurga, hubungkan kita dgn Rumah Sebenar kita dan beri mata spiritual tambahan kpd kita.Kita selamat daripada mudarat oleh kuasa negatif jika kita melindungi diri dengan alat-alat Syurga yang berkuasa ini. DAN LAIN-LAIN…Ada tertulis dalam Gospel Dua Belas Orang Suci bahawa Nabi Isa telah meramalkan tuaian roh-roh baik pada akhir zaman dan kemenangan akhir orang berakhlak tinggi dan kebinasaan orang jahat.“Dia yang menyemaikan benih baik ialah Anak manusia; ladang ialah dunia, benih baik ialah anak-anak Kerajaan, tetapi lalang ialah anak-anak makhluk jahat. Musuh yang menyemaikannya ialah syaitan; musim menuai ialah hari kiamat dan penuai ialah malaikat.Oleh itu, seperti lalang yang dikumpulkan dan dibakar dalam api, jadi akan begitu juga pada hari kiamat dunia ini. Anak manusia akan mengutus malaikat-Nya dan mereka akan kumpulkan dari Kerajaan-Nya semua orang yang berbuat dosa dan mereka yang berlaku tidak adil, dan akan buang mereka ke dalam relau api, dan mereka yang tidak mahu disucikan akan benar-benar habis dijilat api. Kemudian orang berakhlak tinggi akan bersinar seperti Matahari di Kerajaan Syurga.”Dalam pengalaman hampir mati, Paderi Kristian Howard Storm meramalkan macam mana rupanya masa depan Bumi bagi mereka yang memilih jalan penuh kemurahan. Beliau gambarkan yang berikut dalam bukunya ‘Penurunan Saya ke dalam Kematian, Peluang Kedua untuk Hidup’.“Kita berada dalam persekitaran hutan semula jadi yang indah. Tiada bukti pencerobohan manusia atau peranti buatan manusia. Mereka beritahu saya bahawa ini masa depan kita dan kita berada di taman yang dijaga oleh orang. […]Semua orang habiskan kebanyakan daripada masa bersama anak, mengajar mereka tentang kasih sayang dan keajaiban dunia semula jadi.… Orang hasilkan makanan dengan duduk di sebelah tumbuhan dan berkomunikasi dengannya. Dalam beberapa minit saja mereka boleh menuai buah-buahan dan sayuran yang telah masak. Mereka makan apa yang mereka tanam dengan serta-merta tanpa memasaknya.”“Tumbuhan akan disayangi dan dibesarkan oleh orang perseorangan. Semua haiwan akan hidup secara harmoni bersama orang. Akan ada komuniti orang yang kecil yang tidak terkira di seluruh dunia dan setiapnya akan ada identiti dan budaya sendiri.”“Orang hargai pengalaman hidup yang diberikan kepada mereka di dunia ini kerana mereka tahu bahawa itu anugerah yang berharga drpd Tuhan.”“Orang dilahirkan, membesar, belajar dan meninggal dunia. Mereka hidup untuk cintai Tuhan, saling menyayangi dan sayangi diri sendiri.”“Inilah masa depan yang Tuhan mahukan untuk umat manusia dan ia akan berlaku. Inilah dunia yang dicipta oleh Tuhan untuk kita diami. Inilah cara Tuhan mencipta manusia untuk hidup.”“Tuhan sedang mengubah dunia sekarang. Tuhan hendaki perubahan di seluruh dunia Tuhan akan sedarkan setiap orang untuk menjadi insan seperti yang dicipta-Nya. Mereka yang menerima Kehendak Tuhan akan hidup, dan mereka yang menolak Kasih Sayang Tuhan akan binasa.”Hidup sekarang ialah waktu yang begitu kagumkan kerana Mahaguru Ching Hai Paling Berbelas Kasihan kita, Messiah yang kembali, membimbing umat manusia ke arah penyelamatan spiritual melalui gaya hidup vegan, doa yang khusyuk, taubat yang ikhlas dan kehidupan yang mulia. Tuaian akhir roh-roh yang baik akan melimpah-ruah di ladang apabila lebih banyak orang memilih untuk mematuhi Hukum Tuhan dan hidup secara bermoral dan suci seperti yang diajarkan oleh Guru-guru Bermakrifat pada masa dahulu dan sekarang.










