Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, penceramah berkongsi penyelesaian yang praktikal untuk hentikan pemanasan global dan perubahan iklim, bersama dengan kebaikan diet berasaskan tumbuhan. (Pertama sekali, mari kita mulakan dgn Dr. Singh. Apa telah berlaku kepada planet ini? Saya faham bahawa kamu ada data baharu yang mengejutkan untuk diberitahu kepada kami dan ia melibatkan pemanasan global. Kami ingin dengarnya dan dunia ingin dengarnya. Beritahulah kami tentangnya.) Dr. Singh: Biar saya bercakap terus. Kita telah melepasi titik kritikal, telah sampai ke titik kritikal lebih kurang setahun yang lalu. Apa yang tidak dikatakan oleh ahli sains ialah karbon bukanlah masalahnya. Ada tiga atau empat gas lain, dan yang terutama daripadanya (pertama) ialah metana. Metana adalah 23 kali lebih toksik daripada jejak karbon. Apa yang berlaku di Protokol Kyoto ialah ahli politik berkumpul dan membuat dokumen yang melemahkan mesejnya. Kita bercakap tentang CO2 dan dunia tahu akan CO2 sekarang tetapi CO2 saja bukanlah masalahnya. Metanalah masalahnya. Selain metana, ada nitrus oksida, 300 kali lebih toksik. Sekarang apabila kita campurkan semua gas itu dan mula lihat apa kesannya kepada jejak global, pemanasan global kian meningkat pada kadar yang sangat pantas. Hari ini, kita perlu tahu akan kebenaran bahawa data saintifik yang kita lihat hari ini telah jauh melangkaui apa yang kita fikirkan. Lima tahun yang lalu, kita kata dunia akan kehilangan litupan aisnya dalam masa 60 tahun. Kita kehilangannya dlm empat tahun sekarang. Kita menyemak setiap fakta setiap hari kerana sesetengah daripada perkara yang kita tidak beri perhatian ini ialah punca utama. Punca utama ini, apabila kita mula lihat metana – metana datang dari ibun abadi. Metana datang dari laut yang menjadi semakin panas. Metana datang daripada penternakan haiwan. Apabila kita campurkan ketiga-tiga gas ini, kita akan dapati sekarang kita menuju ke arah malapetaka dalam tempoh masa yang lebih singkat daripada yang pernah sesiapa rancangkan. Putera Charles berkata selepas 18 bulan, kita akan melepasi titik kritikal. Kita telah melepasinya, kita akan kata, titik di mana kita tidak dapat pulih. Tetapi kita sebagai masyarakat manusia boleh lakukan banyak cara. Banyak cara boleh kita lakukan untuk buat perubahan dalam kehidupan kita. Ini bergantung kepada kalian dan kami. Ini bukan lagi berkata siapa lagi di luar yang boleh kita salahkan. Kitalah penyelesaiannya. Kitalah masalahnya. (Itu dah pasti.) (Dr. Singh ada soalan yang nak tanya Mahaguru?) Apa yang nak saya tanyakan adalah dengan segala fakta yang kita lihat, dengan fakta yang kukuh, perubahan yang berlaku, apa lagi yang tak dapat dilihat oleh mata manusia? Apa lagi yang perlu dunia tahu yang kami tak tahu pada masa ini? Itu soalan saya. Master: Baiklah. Saya hanya boleh beritahu kamu apa yg saya tahu dan mungkin kamu dah tahu. Berkenaan dengan titik tidak dapat pulih, saya gembira untuk maklumi kamu bahawa kita belum lagi melepasinya. Okey? Apa yang Putera Charles maksudkan ialah, pada masa itu, kita ada kira-kira 18 bulan untuk mengubah nasib kita, seperti kita harus jadi vegan sepenuhnya, segera pelihara alam untuk selamatkan planet ini. Tetapi sekarang saya gembira untuk memaklumi kalian, jika sesiapa percayai pendapat atau pandangan saya, bahawa kita telah memperoleh jumlah masa tiga tahun daripada… tiga tahun lebih daripada… Biar saya lihat berapa banyak lagi – tiga tahun empat bulan kita ada sekarang, Dr. Singh, untuk berubah. (Terima kasih.) Ini apa yang saya tahu daripada meditasi di dalam. Saya tak dapat buktikannya kepada kalian tetapi kalau kalian percayainya, baguslah. Jika tidak, kita masih ada tiga tahun empat bulan. Bagi ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada orang vegan baharu yang sertai lingkungan elit yang mulia, hidup tanpa darah pada tangan mereka, hidup sebagai contoh kedamaian yang bermula dengan diri sendiri dan di meja makan. Disebabkan ini, disebabkan usaha semua orang di planet ini yang sedar akan keadaan susah kita pada masa ini. Mereka cuba berusaha gigih sekali untuk bersusah-susah menyebarkan berita, maklumat tentang bahaya yang kita hadapi, dan juga menyebarkan berita tentang penyelesaian yang boleh kita semua lakukan untuk menyelamatkan planet ini. Oleh itu, lebih banyak orang sertai lingkungan vegan kita sekarang. Sebab itulah kita memperoleh masa. Saya tahu kita juga menanam pokok, sedikit teknologi di sana sini, menukar mentol dan sebagainya, dan tutup lampu selama satu jam di sana sini. Ini membantu juga tapi sangat sedikit berbanding dengan pahala diet vegan. Kerana setelah mereka mengubah hati ke arah berbelas kasihan ini, tenaga belas kasihan dan kasih sayang yang dijana adalah sangat besar. Sebab itulah kita dapat melawan kuasa negatif yang ingin memusnahkan planet kita sebelum kita boleh berpeluang untuk menjadi sedar dari segi rohani pun. Jadi saya gembira untuk beritahu kalian bahawa kita ada sedikit masa lagi. Sementara kita teruskan, mungkin kita memperoleh lagi banyak masa. Biar kita berharap begitu. Terima kasih banyak-banyak, Dr. Singh. Jangan risau. Kita okey buat masa ini. Maksud saya, tak benar-benar okey. Kita tak benar-benar okey tetapi kita okey. Kita ada harapan. Kita berusaha. Kalian berusaha. Kita bekerja bersama dan mungkin kita masih boleh berjaya. Mana tahu, Dr. Singh? Keajaiban sentiasa boleh berlaku. (Tentu sekali.) (Terima kasih. Sekarang Dr. Jim Stewart, boleh kamu berkongsi dengan kami kedalaman dan skop krisis yang kita hadapi? Berapa seriusnya ini?) Dr. Jim Stewart: Saya rasa Dr. Singh sudah bercakap tentang banyak krisis, tapi dah tentu kita boleh bercakap tentang perkara khusus dari segi kenaikan aras laut. Jika kita kehilangan Litupan Ais Greenland dan Pentas Ais Antartika Barat, aras laut akan menaik 40 hingga 50 kaki, atau 14 meter. itu dah tentu akan musnahkan sangat banyak negara di dunia. Kita juga menghadapi krisis yang berkaitan dengan kemarau di sesetengah tempat dan banjir di tempat lain seperti yang kita sedia maklum. Krisis air menjadi lagi teruk kerana peningkatan suhu dunia bermakna tanaman sebenarnya memerlukan lebih banyak air untuk bertumbuh. Oleh itu, pada masa yang sama kita mendapat air yang kurang, mendapat curahan salji yang kurang juga dan peluang yang kurang untuk menyimpan air di kawasan pergunungan. Kita juga perlukan lebih banyak air. Dah tentu, semua orang tahu akan hakikat bahawa hutan semakin mengering juga, jadi kita alami kebakaran hutan yang jauh lebih berleluasa dan jauh lebih besar daripada yang pernah kita alami sebelumnya. Tapi saya memang ingin membawa sedikit harapan kepada situasi ini, iaitu kita tak perlu menunggu sebarang teknologi baharu. Teknologi ini tersedia dalam masa 10 tahun lagi untuk gunakan 100% tenaga elektrik boleh dibaharui. Satu lagi penyelesaian, selain dah tentu veganisme yang kita katakan, ialah pertanian organik. Ahli sains dan mungkin Dr. Galt boleh beritahu lebih banyak sikit tentang ini, tetapi ahli sains telah menunjukkan bahawa pertanian organik serap jauh lebih banyak karbon daripada jenis pertanian biasa yg gunakan racun perosak dan sebagainya. Jadi jika kita boleh buat semua orang amalkan pertanian organik, kita memang akan elakkan banyak pelepasan gas rumah hijau. Sinar harapan lain yang ingin saya sampaikan kepada kita hari ini adalah terkandung dalam akta yang dipanggil AB32 di California. Ini Akta Penyelesaian Pemanasan Global. Beberapa minggu yang lalu saja, mereka mengeluarkan cadangan untuk Rancangan Skop Lakar. Hakikat bahawa rancangan ini malah wujud banyak memberi ilham, kerana apa yang rancangan ini lakukan adalah meninjau semua pelepasan gas pemanasan global yang utama yang berlaku dari seluruh negeri California, kesemua 36 juta orang yang tinggal di sini dan semua industri. Mereka mengira berapa banyak diperlukan untuk membuat pengurangannya kembali ke tahap 1990 menjelang tahun 2020, iaitu kira-kira 30% pengurangan daripada pelepasan biasa. Mereka telah meninjau dan mengemukakan cadangan yang terperinci tentang bagaimana mereka dapat capai 170 juta tan setahun menjelang 2020 dari segi pengurangan. Saya merekomenkan kalian mengunjungi tapak sesawangnya. Itu www.arb.ca.gov. Lembaga Sumber Udara untuk negeri California ada rancangan ini. Mereka juga minta komen. Saya nak berkata bahawa sebutan dalam rancangan pertanian ini amat tidak mencukupi. Tiada sebutan yang dibuat tentang pertanian organik yang telah terbukti dapat mengurangkan pemanasan global. Tiada sebutan yang dibuat tentang bantuan yang akan berlaku jika orang beralih kepada diet vegan. Jadi kalian dijemput untuk kunjungi tapak sesawang ini bagi membuat komen. Saya menggesa kalian dan semua orang di seluruh dunia yang dengar siaran ini supaya pergi kunjunginya. Kalian tak perlulah merupakan penduduk California untuk memberi komen tentang ini kerana rancangan ini ialah rangka tindakan. Rancangan ini boleh menjadi rancangan untuk menyelamatkan seluruh planet. Perkara terakhir yang ingin saya katakan ialah saya mahu kalian lihat rancangan ini dan bekerja bersama bandar tempatan, negeri dan negara untuk memastikan bahawa jenis rancangan menyeluruh ini diambil dan diimplementasikan sekarang juga. (Itu bagus.) (Apakah tapak sesawangnya?) arb.ca.gov (Mahaguru ada apa-apa komen tak?) Master: Ucapan yang sangat baik. Barangkali kita ada harapan, kan? Ya. Akankah sesiapa log masuk ke itu dan beri komen, seperti yang Dr. Jim Stewart katakan? Akankah kita buat begitu? (Ya.) (Ya, tentu sekali, Guru.) Ini inisiatif yang sangat baik, Dr. Jim, saya setuju dgn kamu sepenuhnya (Terima kasih banyak-banyak, Guru.) Akan lebih baik lagi jika kita menjadi vegan untuk uruskan separuh lagi. Jika kita semua menjadi vegan sekarang, maka kita malah boleh mengekalkan teknologi lama sehingga semuanya dapat digantikan, kerana diet vegan mengurangkan 80% daripada pencemaran yang menyebabkan pemanasan global, mengikut pengiraan daripada bukti ahli sains. Photo Caption: “Penyembuhan ialah Anugerah drpd TUHAN Melalui Sebarang Cara.”











